-senyuman-

bling...bling

Thursday, November 29, 2012

WARKAH CINTA BERBAU SYURGA


Amir Mukhlis adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran dan ditakdirkan berkenalan dengan pelajar Naim Lilbanat iaitu Wardah dalam satu sesi pertemuan antara redaksi sekolah. Amir dibesarkan dalam keluarga yang subur dengan atmosfera agama. Beliau dididik dan dibesarkan oleh ibubapa yang faham asas-asas agama dengan baik. Malah, ibubapa Amir sering berbicara dan memberit
ahu bahawa Amir perlu menjadi pemimpin apabila beliau besar nanti. Disebabkan itu, Amir sangat fokus pada pengajian dan komitmennya amat tinggi terhadap pelajaran.
Wardah pula berasal dari keluarga yang agak kucar-kacir disebabkan bapanya mempunyai beberapa karekter yang negatif. Bapa Wardah seorang yang materialistik dan tidak menyukai karekter agamawan. Dia juga tidak mahu Wardah belajar di sekolah agama kerana memandangkan jaminan kerjaya yang kurang cerah. Bagi bapa Wardah, belajar agama adalah membazir masa dan wang, kerana tiada pulangan besar yang diperolehi daripada ilmu agama. Berbeza dengan ilmu profesional yang lain. Wardah cuba menyedarkan bapanya bahawa tanggapan seperti itu adalah salah. Atas dasar itu, beliau mahu mencari bakal suami yang berprinsip dan boleh menjadi tauladan kepada keluarganya.
Dari konflik keluarga itu membuatkan Wardah sentiasa mencari-cari lelaki ideal yang sesuai dijadikan tempat sandaran. Akhirnya, pertemuan secara tidak sengaja dengan Amir membuahkan cetusan rasa kagum dalam diri Wardah. Wardah mengambil langkah pro aktif dengan meminta sepupunya iaitu Rahim yang belajar di sekolah yang sama dengan Amir Mukhlis. Wardah cuba mencuri perhatian Amir melalui bantuan sepupunya Rahim, namun Amir tidak mahu memberikan respon. Dia berkeras tidak mahu bercinta demi menjaga kesucian agama dan status penghafaz al-Quran.
Dalam diam, Amir menghormati Wardah dan mengkaguminya disebabkan Wardah dalah antara pelajar terbaik sekolah Naim Lil Banat. Secara berhati-hati Amir cuba memberi nasihat dan peringatan kepada Wardah agar tidak bercinta dan mengikut gelora emosi remaja yang mudah dibuai kasmaran. Wardah menjadi keliru adakah Amir menyukainya atau tidak? Beberapa kali Wardah cuba mendapatkan kepastian, namun Amir tetap menggantung jawapan.
Amir pernah memberitahu kepada Wardah “Kalau ada jodoh, tidak ke mana. Takkan lari gunung dikejar” Dengan harapan Wardah mengerti bahawa dia akan setia. Malah, Amir juga cuba untuk tidak mencari orang lain. Namun, ungkapan seperti itu tidak mampu meyakinkan Wardah.
Beberapa minggu sebelum Amir ke Mesir, beliau terlibat dengan satu kemalangan kecil. Iaitu dia terlanggar seorang pelajar maahad sewaktu mengundurkan kereta. Pelajar itu luka di tangan dan Amir memberikan sapu tangan kepadanya. Gadis yang luka itu adalah BALQIS. Dari insiden itu, Balqis terlupa memulangkan sapu tangan dan menyimpannya dengan baik. Pertemuan ini berlaku seketika sahaja (Bahagian ini sengaja tidak diketengahkan, hanya pembaca yang tekun akan menyedarinya)
Beberapa tahun Wardah menggantung harapan dan berkomunikasi dengan Amir melalui surat dan telefon. Biarpun begitu, Amir tetap dengan sikapnya. Sehinggalah mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Wardah ke Universiti Malaya dan Amir pula ke Universiti Al-Azhar, Kaherah. Wardah yang merasakan dirinya bertepuk sebelah tangan semakin tertekan dengan keegoan Amir. Ketika itu, Wardah pula dipaksa berkahwin dengan lelaki pilihan bapanya iaitu Syamsul.
Bapanya memilih Syamsul dengan niat memisahkan anaknya daripada mengahwini Amir. Juga disebabkan Syamsul adalah seorang pemuda yang bergaji besar serta mempunyai pekerjaan yang mantap. Sedangkan Amir masih lagi bergelar mahasiswa dan belum tentu mendapat pekerjaan yang selesa. Akhirnya Wardah kecewa dengan sikap Amir dan merelakan dirinya dilamar. Akhirnya Wardah berkahwin dengan Syamsul.
Sebaik menerima berita perkahwinan Wardah, Amir mula menyedari ada sesuatu kehilangan dalam dirinya. Dia mula merasakan kerinduan yang amat. Barulah dia sedar apa itu mencintai dalam diam. Namun, cintanya sudah dimiliki orang. Amir mula menyesal dengan sikapnya sendiri. Dia cuba mencari dimanakah kesilapannya? Dia sedar, selama ini dia terlalu rigid dan langsung tidak meluahkan perasaan sebenarnya. Disebabkan itu, dia berazam untuk bersikap dengan lebih matang dan rasional.
Sewaktu Amir sedang meneruskan pengajian di Al-Azhar, Mesir. Amir menyimpan luka kesedihan yang dalam itu. Dia mahu mempastikan bahawa persepsi bapa Wardah adalah silap. Agamawan tidak akan merempat sekalipun mereka tidak menjadi seorang yang kaya raya. Dari situ, Amir memaksa dirinya bekerja keras, dia mula membina karisma seorang pemimpin. Dia terus mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari oleh guru-guru dan ustaz-ustaznya di maahad dahulu.
Secara tidak langsung, Amir memasang cita-cita untuk menjadi penulis dan pendakwah. Dia memasuki team editorial dan menjadi pengarang utama di majalah mahasiswa Mesir. Dia mula menulis dan mengarang untuk melepaskan perasaannya itu secara estetika. Dia menulis catatan untuk memberikan motivasi dalam dirinya sendiri dan orang lain. Dia mahu sedarkan agamawan bahawa golongan ilmuan harus berjuang terus-terusan menyampaikan ilmu dalam semua bidang mahupun lapangan. Khususnya bidang seni serta penulisan.
Beberapa tahun berlalu dan pengambilan mahasiswa-mahasiswi baru dari malaysia ke universiti Al-Azhar berlangsung. Suatu hari, satu insiden telah berlaku membabitkan Amir dengan seorang siswi baru yang bernama Balqis. Beliau telah menyelamatkan Balqis dari situasi genting. Disebabkan itu, Balqis yang baru kematian ibubapa cuba mencari seseorang untuk dijadikan sumber inspirasi. Dalam masa yang sama, secara kebetulan berlaku beberapa insiden ke atas diri Balqis, dan ternyata Amir juga yang mampu menyelesaikan kesemua masalah itu.
Dalam diam, Balqis meminati Amir dan cuba mendekatinya. Melihat perwatakan dan mengenali prinsip diri beliau. Balqis mula meyakini bahawa Amirlah orang yang mampu menjaganya dunia dan akhirat. Amir masih cuba menjaga status pelajar agama dan seorang penghafaz Al-Quran, Amir tetap menjaga kesucian diri sekalipun Balqis mengharapkan perhatian darinya. Memandangkan beliau pernah bersikap ‘keras’ terhadap Wardah, Amir mahu membawa pendekatan baru dalam dirinya terhadap Balqis.
Amir pernah menyelamatkan Balqis daripada terkena satu kemalangan, dia juga pernah mendapatkan semula beg duit Balqis yang pernah diragut seorang pencopet. Tetapi, semua jasanya itu sengaja ditutup serta dia meminta Izzuddin agar memberitahu secara umum. Secara tidak langsung balqis akhirnya mengetahui kebenaran, dia kagum dengan keikhlasan Amir. Beberapa kali dia cuba memberitahu perasaannya, namun Amir seakan menolak.
Satu eksepedisi ke Jabal Musa atau Bukit Tursina telah berlangsung. Amir, Izzuddin dan Balqis turut serta dalam eksepedisi itu. Kali ini berlaku satu lagi insiden dan akhirnya Balqis benar-benar tidak dapat menahan perasaanya terhadap Amir. Balqis juga menunjukkan sapu tangan yang pernah diberikan oleh Amir ketika dia terlanggar Balqis. Amir baru tersedar, Balqis adalah gadis yang pernah ditemui secara tidak langsung di Malaysia dahulu. Tercetus dari situ, Amir mula berazam untuk menerima Balqis dengan baik.
Malangnya, sebelum ekspedisi itu berakhir, Amir jatuh pengsan dan dibawa ke hospital. Lalu dia didapati menghidap tumor di kepala. Dia diramalkan oleh doktor akan mati tidak lama lagi.
Hasrat Amir untuk menerima Balqis akhirnya menjadi kabur semula. Dia tidak mahu menerima Balqis seandainya dia terpaksa meninggalkan gadis itu sendirian selepas ini. Pasti situasi itu akan menyebabkan Balqis menderita. Dalam masa beliau membawa dilema yang besar. Ketika itu, dia mula berhadapan satu konflik dengan Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir cuba memberi jalan kepada Izzuddin yang mempunyai perasaan terhadap Balqis. Amir memilih untuk beralah. Namun, salah faham telah wujud antara mereka berdua. Ketika konflik kian meruncing, Amir ditimpa sakit yang kronik. Dia kian terbeban dengan harapan Balqis, tekanan sahabatnya dan masalah kesihatan.
Amir perlu membuatkan keputusan besar dalam hidupnya. Sama ada di mahu pulang ke Malaysia dan menjalankan pembedahan, atau dia perlu meneruskan serta menamatkan pengajian tanpa memikirkan lagi soal hidup atau mati. Akhirnya dia memutuskan untuk terus belajar, sebaik keputusan akhir peperiksaan hampir diumumkan. Amir diterbangkan ke Malaysia. Ibubapa Amir baru mengetahui penyakit yang dihidapinya dan membuat keputusan agar Amir menjalani pembedahan.
Balqis dan Izzuddin baru menyedari bahawa selama ini Amir berperang dengan perasaan sendiri demi menjaga perasaan orang lain. Malah Amir berperang dengan kesakitan dan penyakitnya, demi untuk tidak membebankan orang lain. Balqis masih berdoa agar jodoh antara mereka masih ada. Manakala Izzuddin hanya mampu merasa kesal dengan kebodohan sikapnya.
Amir menjalani pembedahan. Dia selamat. Keputusan peperiksaan akhir juga diumumkan, Amir mendapat keputusan cemerlang sekalipun beliau menduduki peperiksaan dalam keadaan berperang dengan kesakitan. Semua sahabat Amir beranggapan bahawa Amir sudahpun meninggal dunia. Termasuk juga Balqis.
Amir memilih untuk merahsiakan bahawa dirinya masih hidup.

Sekian

~~DOA RABITHAH~


اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَ
سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي
سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman / keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (jika Engkau mentakdrikan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini…

Monday, November 26, 2012

Akhlak dan Adab

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain". Riwayat Muslim Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya." Riwayat Bukhari dan Muslim i) Islam adalah agama yang mengajar umatnya nilai peradaban yang tinggi serta sopan santun yang terpuji. Maka individu yang benar-benar beriman semestinya akan mengamalkan segala ajaran Islam untuk menjaga keselamatan dirinya iaitu dengan memelihara percakapannya demi menjaga hubungan baik dengan jiran-jiran dan sahabat-sahabatnya sesuai dengan keadaan masing-masing. ii) Sebelum berkata hendaklah berfikir terlebih dahulu, bila didapati tidak ada bahaya kerananya, berkatalah, tetapi jika sebaliknya diamlah kerana diam yang tepat pada waktunya adalah sifat orang yang terpuji melainkan jika diam dari mengatakan yang hak dan menegur sesuatu yang salah kerana diam seperti ini adalah diam yang dicela oleh agama. iii) Setiap umat Islam hendaklah bertimbang rasa dalam pergaulan sesama jiran kerana jiran adalah orang yang paling dekat selain daripada sanak-saudara yang tinggal di sekeliling. iv) Memuliakan tetamu pula maksudnya ialah melakukan kebaikan kepada mereka sebagai orang yang datang berkunjung ke rumah di mana selaku tuan rumah hendaklah melayan tetamu mereka dengan senang hati, sopan dan memberikan jamuan kepada mereka sesuai dengan keadaan dan kemampuan. Manakala bagi tetamu pula hendaklah sebaik mungkin tidak sampai menyusahkan tuan rumah. إِنَّا أَخْلَصْنَاهُم بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ Sesungguhnya Kami telah menyucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi, yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat (Surah As-Suad 38: Ayat ke 46)

bayangan hati

cete dogeng jew...hu3...^_^ start ku megenali si dia (dinna) semenjak tahun 2010...dia seorg yg baik hati,pendakwah dan mempunyai keistimewaan tersendiri...hanya diriku yg merasainya...selama diriku megenali dirimu...diriku hanya menanggap mu sebagai seorg adik...lama kelamaan...hatiku menjadi tetarik dgn dakwahnya dan mukanya yg bercahaya sepeti seorg lelaki soleh yg berseri-seri wajahnya...sehingga skrg diriku megenali mu selama 3 tahun...walaupun berbagai cabaran dan dugaan dr diri ini tp ttp ditempuhi...^_^...walaupun kami sebagai adik dan akk...tp biarlah semua itu Allah yg tentukan... pada 2011 diriku telah megenali seorg lelaki (ros) yg lanjut usianya dari ku...dia seorg pendakwah juga...seorg yg baik dan senang untuk berkomunikasi dgnnya megenai soal jawab dlm islam...dia mempunyai ramai perminat tp diriku minat pada dakwahnya bukan pd orgnya...lama kelamaan hatiku menyukainya kerana sifat baik dan dakwahnya...perasaan cinta itu xlbh dibagi dan berkata kerana cintaku hanya pada yg maha Esa dan untuk bakal suamiku pada suatu hari nnti... sekarang dilema hati untuk menyukai 2 org lelaki yg diriku hanya kenal pada teknologi...tapi mereka mempuyai personaliti berbeza dan mereka ada keistimewaan sendiri...harap diriku tidak dilema dan tidak dihayut dgn perasaan nafsu dan syaitan...YA ALLAH perliharalah hati dan perasaan manusia ini..Amin... peringatan : hanya rekaan semata-mata...tiada permulaan or akhir kerana cete ini terlintas difikiran sy...sian terima kasih...he5 ^_^

Anak2 kesayanganku selamanya ^_^

Assalammualaikum,pada 27.11.12 nie...fatin nak cete sikit pegalaman sy bekerja di taska menjadi ustazah...^_^...kerja nie memg best dan tak tension sbb budak2 nie lew penghibur hati saya dan ceriakan hidup sy setiap hari...syg mereka sesngt...he4 saya start kerja sini pada 1.1.2011 sampai akhir bulan 6...start kerja mesti kena interview bacaan Al-Quran,Tajwid,Bahasa Arab dan jawi dan cete pasal diri kita...^_^...Alhamdullillah interview berjaya...saya pun megajar budak iqra...dan sahabat sy megajar budak2 megaji Al-Quran...sambil tu sy kena ajar budak bahasa arab,jaga budak taska,memasak dan kemas rumah...walaupun bnyk kerja tp best...mereka semua dah umpama anak sy sendiri...^_^... tapi rezeki xlama kerja sini...hu2...ada masalah yg tidak boleh dielakkan...harap mereka semua menjadi anak soleh dan solehah...syg mereka sngt2...smpai bila2 pun mereka ttp anak2 ku...he4...disini jelah cete sy...ha3..xbest pun...senyum sokmo ^_^

Sunday, November 25, 2012

Lukisan Rindu Lirik live arebuddy di UNISZA



mantop....he4...terbaikkkkk ^_^

Motivasi Iman 8 - Sepuluh Sebab Hati Tidak Tenang (Siri 1)

Pada kesempatan kali ini kita akan membincangkan mengenai 10 sebab kenapa hati tidak tenang. Ini kerana, sedar atau tidak sebenarnya, ramai orang yang hilang ketenangan hatinya sekalipun duduk di rumah yang besar, berpangkat besar, kereta besar dan mempunyai isteri atau suami yang besar. Saya banyak bertemu dengan berbagai golongan, dari yang kaya hingga yang biasa. Perkara yang sering ditanyakan ialah:- "Ustaz, hati saya rungsinglah, tak tahu sebab apa" Kadang-kala mereka meluahkan, "saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, Ustaz ada nasihat tak?" Ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. Semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang. Ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang. Sebab Pertama Hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain. Bagaimana perkara ini boleh berlaku? Perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain. Hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. Tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. Dia malu pada jerawat dimukanya. Sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. Dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. Dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. Akhirnya hilang ketenangan pada diri. Kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. Ah.. tertekan dengan jerawat. Hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. Untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. Kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan. Hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. Sebab apa? Sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. Untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. Berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. Masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat. Hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. Kenapa malu? Itukan harta kita. Kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. Jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. Hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. Nanti kalau beri lagi Alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. Jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri. Hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? Itukan telah berlalu. Bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku. Kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? Kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. Orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. Walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. Mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk. Semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. Jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. Orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu. Satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. Dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. Dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya. Kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar. Ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya. Cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. Ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga. Cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia. Sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. Kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain. Oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain. Kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang. Ketenangan inilah kebahagiaan. Saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Kerana apa? Kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain. Jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan. Tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. Mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita. InsyaAllah, kita akan sambung seterusnya nanti. "Motivasi Iman, Ubat Hati Penawar Jiwa" Al-fakir Ila Rabbihi Muhamad bin Abdullah Putra Height 11 April 09 jam 815 pagi

Are BuddyTakhta Bonda ( live istana kota bharu) .mpg




...'' semga sedikit sbyk apa yg kumpulan nasyid are-buddy sampaikan dkwah dlm hburan ini dpt mmberi ksedaran bt shbt2 btapa besarnya pngorbanan Bonda kpd kita semua.. sama2 lh kita hayati lirik & lgu Takhta Bonda "... ^_^

Lukisan Rindu live arebuddy di istana kota bharu .mpg



..."lagu Lukisan Rindu ini mgisahkn tntang sorg hmba yg tramat2 rindu kpd Rasulullah saw.. sama2 lh kita mndgr & hayatinya"...^_^

Wednesday, November 21, 2012

DASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO DR. FADZILAH KAMSAH

JANUARI -Bercita-cita tinggi dan orangnya serius -Suka mendidik dan dididik -Sangat mudah melihat kelemahan orang dan mudah mengkritik -Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan dan hasil -Suka smart, kemas dan teratur -Bersikap tenang dan sensitif -Berfikiran yang mendalam -Pandai mengambil hati orang lain -Pendiam kecuali selepas diransang -Agak pemalu -Daya tumpuan yang sangat tinggi -Mudah mendisiplin diri sendiri -Badannya sihat tetapi -mudah diserang selsema -Bersikap romantik tapi tidak pandai mempamerkannya -Cukup sayang pada kanak-kanak -Suka duduk dirumah -Setia pada segala-galanya -Perlu belajar kemahiran sosiaL -Sikap cemburu yang sangat tinggi.
FEBRUARI -Berfikiran warak -Sukakan benda yang realiti dan abstrak -Intelligent ,bijak dan genius -Berpesonaliti yang mudah berubah -Mudah menawan orang lain -Agak pendiam,pemalu dan rendah diri -Jujur dan setia pada segalanya -Keras hati untuk mencapai matlamat -Tidak suka dikongkong -Mudah memberontak apabila dikongkong -Suka kegiatan lasak (Kerja luar) -Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif -Mudah mempamerkan marahnya (emosinya) -Tidak suka benda yang remeh-temeh(banyak guna otak kanan) -Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya -Sangat berani dan mudah memberontak -Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya -Pemerhatian yang tajam -Suka hiburan dan sukan -Suka benda yang bersifat seni (hindustan) -Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran -Kecenderungan pada benda yang tahyul -Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros -Belajar untuk mempamerkan emosinya
MAC -Berpesonaliti yang menarik dan menawan -Mudah didampingi -Sangat pemalu dan pemendam rasa -Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati) -Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran -Suka pada kedamaian -Sangat peka kepada orang lain -Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain -Tidak cepat marah dan sangat amanah -Tahu balas dan kenang budi -Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam -Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam -Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal -Suka berangan-angan -Suka melancong -Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi -Kelam-kabut dalam memilih pasangan -Suka dengan hiasan rumah tangga -Punyai bakat seni dalam bidang muzik. -Kecenderungan kepada benda yang baik(istimewa) -Tidak terlalu moody
APRIL -Sangat aktif dan dinamik -Cepat bertindak,buat keputusan tetapi cepat menyesal -Sangat menarik dan pandai memanjakan diri -Punya daya mental yang sangat kuat -Suka diberi perhatian (diberi pujian) -Sangat diplomatik, pandai memujuk, berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang lain. -Suka adventure -Pengasih,penyayang,sopan-santun dan pemurah -Emosi cepat terusik -Kecenderungan bersifat dendam -Agresif,kelam kabut(Buat kerja pantas) -Kelam-kabut dalam membuat keputusan -Kuat daya ingatan -Instint power, gerak hati yang sangat kuat -Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain -Berpenyakit disekitar kepala dan dada -Mudah dan terlalu cemburu
MEI -Keras hati dan degil -Semangat dan bermotivasi tinggi -Pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian -Berfikiran tajam -Mudah marah apabila tidak dikawal -Perasaan yang amat mendalam -Cantik dari segi fizikal dan mental -Tidak perlu dimotivasikan -Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain -Mudah dipujuk -Bersikap sistematik (otak kiri) -Suka berangan -Kuat daya firasat(memahami apa yang terlintas dihati orang lain tanpa diberitahu) -Bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit -Daya khayalan yang tinggi -Berfikiran tajam -Pandai berdebat -Bentuk fizikal yang baik dan menarik -Kelemahan sistem pernafasan -Suka sastera, seni dan muzik serta melancong -Tidak berapa suka duduk dirumah -Tak mempunyai ramai anak -Tak boleh duduk diam -Rajin dan bersemangat tinggi -Agak boros
JUN -Berfikiran jauh dan berwawasan (intelektual) -Mudah tertawan kerana sikap baik -Berperangai yang lemah lembut -Mudah berubah sikap, perangai, idea atau mood -Idea yang terlalu banyak didalam kepala -Bersikap sensitif -Otaknya aktif (sentiasa berfikir) -Sukar melakukan sesuatu dengan segera -Bersikap suka menagguh-nangguh -Bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik -Cepat marah tapi cepat sejuk -Suka bercakap dan berdebat -Suka buat lawak dan bergurau -Otaknya cerdas dan berangan-angan -Mudah dan pandai berkawan -Orangnya sangat tertib -Pandai mempamerkan sikap -Mudah kecil hati -Mudah kena selsema -Suka berkemas -Cepat rasa bosan -Bersikap terlalu memilih dan cerewet -Kurang mempamerkan perasaan -Lambat nak sembuh apabila hatinya terluka -Suka barangan berjenama -Kedegilan yang tidak terkawal
JULAI -sangat seronok didampingi -banyak berahsia dan sukar dimengerti (lelaki terutamanya) -agak pendiam kecuali dirangsang -ada harga dan maruah diri -tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan -mudah dipujuk dan bercakap lurus -sangat menjaga hati orang lain -sangat peramah -emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya -berjiwa sentimental -jarang berdendam -mudah memaafkan tetapi sukar melupakan -tidak suka benda yang remeh temeh -sangat peka, caring, mengasihi sayang -membimbing cara fizikal dan mental -layanan yang serupa dengan semua orang -tinggi daya simpati -pemerhatian yang sangat tajam -suka menilai orang lain dengan pemerhatiannya -mudah dan rajin belajar -suka muhasabah diri -suka mengenang peristiwa lama atau kawan lama -sensitif tapi lambat untuk pulih -suka mendiamkan diri -suka tunggu kawan tapi tak cari kawan -tak agresif, kecuali terpaksa -lemah dari segi kesihatan perut -mudah terkena kanser payudara -mudah gemuk kalau tak kawal diet -suka duduk di rumah -terlalu mengambil berat -rajin dalam membuat kerja
OGOS -suka berlawak -orang yang mudah tertawan kepadanya -sopan santun dan caring terhadap orang lain -berani dan tidak tahu takut -orangnya agak tegas dan bersikap kepimpinan -pandai pujuk orang lain -terlalu pemurah, tetapi bersikap ego -nilai harga diri yang sangat tinggi -dahagakan pujian-pujian -cepat marah dan mudah mengamuk -mudah marah apabila cakapnya dilawan -mudah kasihan pada orang lain -cepat cemburu -daya pemerhatiannya tajam dan teliti -fikiran yang mudah berdikari -suka memimpin dan dipimpin -sifat suka berangan-angan, berbakat dalam bakat senilukis, hiburan dan silat -cepat sembuh bila ditimpa penyakit -belajar untuk relaks -ada sikap kelam kabut juga -romantik, pengasih dan penyayang -suka mencari kawan -cepat berfikir dan teliti
SEPTEMBER -sangat bersopan santun -mudah bertolak ansur -sangat cermat teliti dan teratur -suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik -pendiam tapi pandai bercakap -sikapnya sangat cool -sangat baik dan mudah simpati -sangat prihatin dan berperinci -amanah, setia dan jujur -kerja yang dilakukan sangat sempurna -sangat sensitif yang tidak diketahui -orangnya banyak berfikir tapi pendiam -daya pentaakulan yang baik -otak bijak dan mudah belajar -suka mencari maklumat -kawal diri dari terlalu mengkritik -pandai mendorong diri sendiri -mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) -simpan rahsia -suka sukan, hiburan dan melancung -kurang menunjukkan perasaannya -luka hatinya sangat lama disimpan -terlalu memilih pasangan -sukakan benda yang luas -kerja bersistematik
OKTOBER -cukup seimbang -suka kepada orang yang sayang padanya -suka ambil jalan tengah -sangat menawan dan sopan santun -kecantikan luar dan dalam -tidak pandai berbohong dan berpura-pura -mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan -sentiasa suka berkawan -hatinya mudah terusik, tapi merajuknya tidak lama -ada kala cepat marah -macam mementingkan diri sendiri -tidak menolong orang kecuali diminta -suka melihat dari perspektifnya sendiri -tak suka terima pandangan orang lain -emosi yang mudah terusik -suka berangan-angan dan pandai bercakap -emosi yang kelam kabut -daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) -suka melancong, bidang sastera dan seni -pengasih, penyayang dan lemah lembut -romantik dalam percintaan -mudah terusik hati dan cemburu -ambil berat tentang orang lain -suka kegiatan luar -sukakan keadilan -boros dan mudah dipengaruhi persekitaran -ada kalanya mudah patah semangat
NOVEMBER -banyak idea dalam kepala -sukar untuk dimengerti atau difahami sikapnya -berfikiran terkehadapan -berfikiran unik dan bijak -penuh dengan idea-idea baru dan luar biasa -pemikiran yang tajam -daya firasat yang sangat halus dan tinggi -bagus untuk jadi doktor dan kerjaya yang hampir menyamai -cermat dan teliti -dorongan seks yang agak tinggi -personaliti yang dinamik -sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia -banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra -berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran -terlalu degil dan keras hati -apabila hendakkan sesuatu, diusahakannya sampai berjaya -tidak suka marah kecuali dikacau dan digugat -mudah ambil berat tentang orang lain -pandai muhasabah diri -cara berfikir lain daripada orang lain -otaknya sangat tajam -pandai mendorong diri sendiri -tidak hargai puji-pujian -kuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi -apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya -badan yang tough -kasih sayang dan disayangi sangat mendalam -romantik -yakin dengan hubungan kasih sayang -suka duduk di rumah -sangat rajin berkemampuan yang tinggi -amanah, jujur dan setia dan pandai berahsia -tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi -bercita-cita tinggi
DISEMBER -sangat setia dan pemurah -bersifat patriotik -sangat aktif dalam permainan dan pergaulan -sikap kurang sabar, kelam kabut dan tergesa-gesa -bercita-cita tinggi -suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi -sangat menarik dan seronok didampingi -suka bercampur dengan orang lain -suka dipuji -diberi perhatian dan dibelai -sangat jujur, amanah dan bertolak ansur -tidak pandai berpura-pura -ada kalanya cepat marah -perangai yang berubah-ubah -tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi -benci kepada kongkongan -pandai buat lawak dan berfikir dengan logik

KISAH NABI MUSA DENGAN WANITA PENZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”. Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.” “Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa. Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina." Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik. Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?” “Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.” Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya. Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata “sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan” (H.R. Atthabarani) Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan: “Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”
Sujudlah kepadaNya tanpa alasan Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.” Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.” Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

OFFICIAL VIDEO PROMO SATU DESTINASI BY IBNUYUSUF [HQ]

El-tiezam Cintaku Rasullulah

Tuesday, November 20, 2012

Palestin

Ya Allah ya rahman ya karim ya mukmin ya jabar ya amin , selamatkan saudara-saudara islam ku di gaza dripada israel laknatullah.. kuatkan iman mereka kuatkan semangat mereka untuk mempertahankan masjidil aqsa di sana.

ARE BUDDY

AreBuddy adalah sebuah kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan pada Disember 2006. Berasal dari kumpulan nasyid sekolah dan telah bersama dari tingkatan 1 lagi. Telah banyak menerima jemputan dan memenuhi undangan semasa dalam kumpulan nasyid sekolah lagi. Pengalaman demi pengalaman yang timba telah menambahkan keyakinan untuk lebih kehadapan, tambahan sokongan dari sahabat2 dan guru2. Pada masa yang sama juga Allah telah mempertemukan dengan sahabat2 yang mampu menghasilkan lagu seperti Abg.Affif.. Jadi,AreBuddymembuat persembahan dengan lagu2 yang fresh, lagu yang belum dipopularkan oleh mana2 kumpulan. Tapi pada masa tu masih menggunakan pekesyen(alat muzik nasyid).Sehingga lah AreBuddy ditubuhkan kerana ahli kumpulan telah pun berkurangan dan perlu menjayakan satu persembahan. Terpaksalah Roslan dan Hazman yang sebenarnya berada di posisi pekesyen tampil sebagai vokal bergandingan dengan Hairuddin yang sememangnya solo dari ting. 1 lagi. Kemudian ditambah pula dengan kehadiran Zawawi berpindah ke sekolah yang sama pada tahun itu telah melengkapkan AreBuddy kerana dia merupakan solo nasyid di sekolahnya dulu.. Bermula lah episod baru, AreBuddy mula menjayakan persembahan dgn muzik iringan dari cd(mines one). Setiap hujung minggu AreBuddy akan mengadakan latihan dan ia tidaklah sukar kerana kedudukan rumah berhampiran sahaja. Seperti dalam satu kampung sahaja. Dipermudahkan cerita dalam tidak sedar sebenarnya sedang diperhatikan, dan pada suatu masa guru ini(cikgu Nik Rohana) menawarkan pada AreBuddy untuk menghasilkan album. Pada masa yang sama juga AreBuddy memang dalam perancangan nak hantar demo tape ke sebuah syrikat rakaman. Rasa terharu sangat-sangat, Allah telah mempermudahkan jalan bagi. Syukur Alhamdulillah,AreBuddy memang tak sangka yang dah pun melangkah ke tahap ini. Hal ini menjadi lebih serius apabila semua urusan diserahkan pada, bermacam-macam dugaan yang tempuhi, adat berjuang tak pernah senang.AreBuddy mulakan dari bawah, berbekalkan doa dan kesabaran serta nasihat terutamanya abg.Affif yang banyak meluangkan masa untuk arebuddy. Dia jugalah yang mempertemukan AreBuddy dengan abg.Zam(dominant studio).

Kumpulan Nasyid EL-TIEZAM

Assalamualaikum semua... kumpulan EL-TIEZAM telah lama ditubuhkan yakni pada akhir tahun 2008... tetapi disebabkan berlaku banyak perubahan.... Alhamdulillah... kumpulan El-tiezam masih teguh atas nama DAKWAH... Nama Ahli mereka kita mulakan dari sebalah kanan : BASITH,HAFIZ,FADHIL DAN FARIS... mereka bersatu untuk berjuang berdakwah secara nasyid...^_^
Assalamualaikum semua...jika ingin menjemput kumpulan el-tiezam untuk mengadakan persembah (majlis rasmi, majlis tidak rasmi dan majlis perkahwinan) blh menghubunggi 0136088336(faris).........sedikit bicara kami kumpulan EL-TIEZAM merupakan kumpulan dari kelantan.... Alhamdulillah... kumpulan El-tiezam masih teguh atas nama DAKWAH..
Wajib bace... Assalamualaikum semua...jom join Sahabat El-tiezam dengan mngisi borang dibawah ini..kami juga menawarkan banyak keistimewaan kepada anda.. Antaran kelebihan menjadi ahli : 1- Ahli akan diberi kad ahli sebagai tanda ahli Sahabat kami, dan beserta bayaran wang Rm10 sahaja. 2- Ahli juga akan mendapat cenderahati tahunan daripada kmpulan El-tiezam setiap tahun. 3- Semasa brsama El-tiezam, setiap pembelian mana2 produk AR-WARISAN akan dbri keistimewaan dan dberi potongan 10% setiap pembelian ( wajib bawa kad ahli ). 4- Ahli akan mndapat info dari kami stiap program yg kami akan adakan dan dapat myertai bersama kami dalam program2 seperti berikut... antara program : 1- kemasyarakatan. 2- Motivasi. 3- Hari keluarga. 4- Pertandingan bowling bersama sahabat2 dan pertandingan futsal.. dan bnyak lagi program2 yg bermanfaat bagi mengerat lagi ukhwah bersama... Tujuan kami untuk mengeratkan hubungan antara sahabat2 semua dengan program ilmu dan dapat mentarbiah diri supaya hidup kita sentiasa dekat dengan Allah s.w.t semoga usaha ini mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.. JOM BENTUKKAN UKHWAH DEMI KEBAIKAN BERSAMA... Kepada sesiapa yg ingin daftar sila ikut step ini..: 1- sila bank in RM10 ke akaun maybank AR-WARISAN no Akaun ( 505103008055 ). 2- selepas bank in,anda WAJIB membuat pengesahan dengan memaklumkan terus kepada manager kami bahawa anda telah bank in kepada syarikat Ar-warisan dengan cara membuat panggilan atau sms terus kepada beliau di talian 013-6660055... *PERINGATAN - Jika anda tidak ikut step diatas..penyertaan anda dianggap terbatal,dan segala kelalain anda,pihak kami tidak bertanggung jawab..harap maklum...