AURAT DALAM ISLAM (MENURUT 4 MAZHAB)
PENGERTIAN
AURAT
Aurat
diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban.
Manakala
dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan
seseorang
yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di
dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam
dibenarkan
membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.
PERINTAH
MENUTUP AURAT
Perintah
menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab
ayat 33;
“Dan
hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu s
erta
janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang
dilakukan
oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu;
dan
dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat;
dan
taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya.
Sesungguhnya
Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu)
hanyalah
kerana hendak menghapuskan perkara-perkara
yang
mencemarkan diri kamu-wahai “ahlul bait”,
dan
hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang
keji).”
Dari
penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup
aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan
sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan
menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari
diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita
yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka
aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung
mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah
perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai
fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam
hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:
“Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah
Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ”
Islam
telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas
pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat
wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak
tangan.
Aurat
lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun
adalah sama iaitu antara pusat dan lutut.
Tetapi
bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:
1.
Aurat Ketika Sembahyang
Aurat
wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka
dan tapak tangan.
2.
Aurat Ketika Sendirian
Aurat
wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan
lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah
antara pusat dan lutut.
3.
Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada
asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan
lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana
bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun
mahram sendiri.
Perkara
ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam
menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini
tidak akan berlaku.
Oleh
itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun
semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak
telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada
seseorang wanita iaitu:
1.
Suami
2.
Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3.
Ayah mertua
4.
Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5.
Anak-anak suami.
Dalam
perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami
kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu
kepada anak-anak suaminya.
6.
Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7.
Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi
selama-lamanya.
8.
Anak saudara dari saudara perempuan.
9.
Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10.
Hambanya Sahaya.
11.
Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12.
Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau
pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum
baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-Quraan
dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;
Dan
katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka,
atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau
saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang
lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau
perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji
dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada
perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat
perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya. ”
Imam
Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam
ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
1.
Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata,
bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
2.
Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher,
gelang kaki dan sebagainya.
Oleh
itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar
batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam
soal perhiasan dan berpakaian.
4.
Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajipan
menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan
perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku
perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini
terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari
penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan
mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita
yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat
membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan
ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami
batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu
dalam keadaan yang berbeza-beza.
5.
Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat
wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam
adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Rasulullah
SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas
ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya:
“Tidak
halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.
6.
Aurat ketika Bersama Suami
Apabila
seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung
dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan
tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini
bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka
berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila
berhadapan dengan suaminya.
Mu’awiyah
bin Haidah mengatakan: “Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah,
bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?”
Baginda menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau
terhadap hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi: “Ya Rasulullah,
bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?”
Baginda menjawab: “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak
boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat
auratmu”. Aku masih bertanya lagi: “Ya Rasullullah, bagaimanakah
kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab: “Seharuslah ia
lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain”.
(Hadis
riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)
BATAS
AURAT
Semua
imam mazhab mensyaratkan menutup aurat supaya sembahyang menjadi sah
sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi para fuqahak’
mempunyai pendapat berbeza dalam menetapkan batas aurat bagi orang
lelaki, hamba perempuan dan juga orang perempuan biasa (bukan hamba).
Pendapat mereka secara terperinci adalah seperti berikut:
MAZHAB
HANAFI
Aurat
orang lelaki ialah di bawah pusat hingga di bawah lutut. Maka lutut
adalah aurat menurut pendapat yang asah berdasarkan Hadith berikut:
Aurat
orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lututnya.
Hadith Nabi
Berdasarkan
sebuah Hadith da’if menurut pendapat al-Daruqutni:
Lutut
adalah sebahagian daripada aurat.
Dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya… .
(Sarah
al-Nar 24:31)
Aurat
hamba perempuan sama dengan aurat orang lelaki. Tetapi ditambah
belakang, perut dan sisinya. Ini berdasarkan perkataan Umar r.a. yang
bermaksud:
“Buangkanlah
kain tudung kepala wahai hamba perempuan. Apakah kamu menyerupai
wanita-wanita yang merdeka?”
Disebabkan
dia (hamba perempuan) keluar dari rumah untuk keperluan tuannya
dengan memakai pakaian kerjanya seperti biasa, maka dianggap sebagai
muhrim (orang yang diharam kahwin) bagi orang lain untuk mengelakkan
kerumitan.
Orang
perempuan (selain hamba) dan khunsa (orang yang tidak tentu sifat
jantinanya), menurut pendapat yang asah di kalangan ulama’ Hanafi,
aurat mereka ialah seluruh anggota tubuh sehingga rambutnya yang
berjuntai, kecuali muka, kedua-dua tapak tangan dan kedua-dua kakinya
(pergelangan hingga hujung jari), baik di sebelah luar mahupun
sebelah tapak menurut pendapat yang muktamad kerana darurat.
Menurut
pendapat yang rajih, suara bukanlah aurat. Menurut pendapat yang
azhar, sebelah luar tapak tangan adalah aurat. Tetapi menurut
pendapat yang asah, tapak tangan dan sebelah luarnya bukan aurat.
Menurut
pendapat yang muktamad, kedua-dua kaki bukan aurat semasa sembahyang.
Tetapi menurut pendapat yang sahih, kedua-duanya adalah aurat dari
segi penglihatan dan penyentuhan. Ini berdasarkan firman Allah
S.W.T.:
Tempat
perhiasan yang zahir ialah muka dan dua tapak tangan, sebagaimana
perkataan Ibn Abbas dan Ibn Umar, dan sabda Rasulullah s.a.w.:
Orang
perempuan itu aurat, apabila ia keluar, maka syaitan memandang
kepadanya.228
Dan
Hadith riwayat `Aisyah yang telah disebut sebelum ini:
Wahai
Asma’, orang perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh),
tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini.
Baginda
menunjukkan kepada mukanya dan kedua-dua tapak tangannya.229
Begitu
juga Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah yang telah disebutkan
sebelum ini:
Allah
S.W.T. tidak menerima sembahyang orang perempuan yang sudah datang
haid (baligh) tanpa tudung kepala.
Ditegah
perempuan remaja daripada memperlihatkan mukanya di kalangan orang
lelaki. Tegahan itu bukan kerana muka itu sebagai aurat, tetapi untuk
mengelak timbulnya fitnah atau nafsu syahwat. Tujuan tegahan
memperlihatkan mukanya adalah kerana dibimbangkan orang lelaki akan
melihat mukanya yang boleh mengakibatkan timbul fitnah. Ini kerana
dengan memperlihatkan muka membolehkan orang lelaki memandangnya
dengan keinginan syahwat.
Tidak
harus melihat muka orang perempuan dan pemuda yang belum tumbuh misai
dan janggut (yang masih terlalu muda) dengan nafsu syahwat, kecuali
kerana keperluan, seperti kadi, saksi atau pembuktian terhadapnya dan
orang yang ingin meminang boleh melihatnya sekalipun timbul nafsu
syahwat, tetapi dengan niat beramal dengan Sunnah Nabi, bukan untuk
memuaskan nafsu. Begitu juga ketika mengubati tempat yang sakit
sekadar yang diperlukan.
Menurut
pendapat yang muktamad di kalangan ulama’ Hanafi, mendedahkan satu
per empat bahagian anggota aurat (yang berat, mughallazah, iaitu
kemaluan hadapan dan belakang dan sekelilingnya, ataupun aurat ringan
(mukhaffafah), iaitu selain dua kemaluan tadi) dengan tidak sengaja
selama kadar melakukan satu rukun sembahyang, maka terbatal
sembahyang itu.
Ini
disebabkan satu per empat bahagian sama hukumnya dengan seluruh
bahagian, sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi tidak
terbatal sembahyang jika terdedah kurang daripada satu per empat.
Oleh
itu, jika seseorang mendedahkan satu per empat daripada perut, paha,
rambut yang berjuntai daripada kepala, kemaluan belakang, zakar,
kedua-dua buah zakar atau kemaluan hadapan perempuan, maka terbatal
sembahyangnya jika berlalu selama kadar melakukan satu rukun
sembahyang, tetapi jikalau tidak berlalu selama kadar tersebut, maka
tidak terbatal sembahyangnya itu.
MAZHAB
MALIKI
Pendapat
yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada
pandangan orang ramai.
Ketika
bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini,
diwajibkan menutup perkara berikut:
Aurat
orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah)
sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan
kemaluan belakang yang terletak antara kedua-dua papan punggung. Oleh
itu, diwajibkan mengulangi sembahyang dengan segera sekalipun
terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terdedah ari-ari.
Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar
dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:
Bahawa
di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain
pada pahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya.
Aurat
hamba perempuan ialah kedua-dua kemaluan dan papan punggung. Oleh
itu, jika terdedah sesuatu daripadanya atau terdedah paha seluruhnya
atau sebahagian daripadanya, maka hendaklah diulangi sembahyang
dengan segera sebagaimana juga orang lelaki.
Waktu
mengulangi sembahyang bagi sembahyang Zuhur dan Asar ialah semasa
matahari kekuningan. Bagi sembahyang Maghrib dan Isya’ pula ialah
seluruh malam dan bagi sembahyang Subuh semasa naik matahari.
Aurat
berat (mughallazah) orang perempuan (bukan hamba) ialah seluruh badan
kecuali dada, tepi kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah
kaki (dari pangkal paha hingga hujung jari) dan bahagian belakang
yang bersetentang dengan dada sama hukumnya dengan dada.
Jika
terdedah aurat ringan (mukhaffafah) daripada dada atau sebahagian
daripadanya sekalipun belakang kakinya bukan perut kakinya, maka
hendaklah diulangi sembahyang pada masa yang dikehendaki sebagaimana
yang telah diterangkan sebelum ini, iaitu bagi waktu Zuhur dan Asar
sewaktu kekuningan dan bagi waktu Maghrib dan Isya’ sepanjang malam
dan bagi waktu Subuh ialah naik matahari. Itu adalah daripada segi
sembahyang.
Dari
segi pandangan dan sembahyang, maka diwajibkan juga menutupnya. Tidak
disyaratkan tutup aurat bagi orang lelaki dan hamba perempuan di luar
sembahyang. Aurat orang perempuan (selain hamba) di hadapan orang
perempuan Islam atau kafir ialah antara pusat dengan lutut.
Wajib
menutup seluruh tubuh orang perempuan (selain hamba) ketika berada di
hadapan lelaki asing (bukan muhrim) kecuali muka dan kedua-dua belah
tapak tangan, kerana kedua duanya bukan aurat. Namun begitu
diwajibkan juga menutup muka dan tapak tangan supaya tidak
menimbulkan fitnah.
Orang
lelaki tidak dibenarkan melihat dada orang perempuan muhrim dan
seumpamanya, sekalipun sebab menjadi muhrim itu kerana persemendaan
dan persusuan, kecuali muka dan bahagian-bahagian termasuk tengkuk,
kepala dan belakang tapak kaki dan sekalipun penglihatan itu tidak
menimbulkan keseronokan.
Hukum
tersebut berbeza dengan hukum di sisi ulama’ Syafi’i dan para
ulama’ lain yang membenarkan melihat seluruh tubuh kecuali antara
pusat dan lutut. Kebenaran itu adalah sebagai kemudahan (fushah).
Daripada
huraian itu, jelas bahawa aurat orang lelaki dan orang perempuan
dalam sembahyang terdiri daripada aurat berat (mughallazah) dan aurat
ringan (mukhaffafah).
Aurat
berat bagi orang lelaki ialah kemaluan hadapan dan lubang dubur.
Aurat ringan mereka ialah bahagian-bahagian selain kemaluan hadapan
dan lubang dubur yang terdapat di antara pusat dan lutut.
Aurat
berat bagi hamba perempuan ialah kedua-dua papan punggung dan yang
terdapat di antara seperti lubang dubur, kemaluan hadapan dan yang di
atas daripada ari-ari. Aurat ringan baginya ialah paha dan apa yang
terdapat di atas ari-ari sehingga pusat. Aurat berat bagi orang
perempuan (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya kecuali kaki, tangan,
dada dan bahagian belakang yang bersetentang dengan dada. Aurat
ringan baginya ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua
belah tapak tangannya.
Oleh
itu, jika seseorang melakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat
berat, sedangkan ia tahu dan berdaya untuk menutupinya sekalipun
dengan membeli atau meminjam, menurut pendapat yang rajih, maka
terbatal sembahyangnya dan hendaklah diulangi menurut pendapat yang
masyhur di kalangan ulama’ Maliki.
Sebaliknya,
seseorang yang melakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat
ringannya, maka tidak terbatal sembahyangnya sekalipun hukum membuka
aurat ringan ialah makruh dan diharamkan melihat nya. Walaupun
begitu, digalakkan orang yang melakukan sembahyang dalam keadaan
terdedah aurat ringannya supaya mengulangi sembahyangnya itu dalam
waktu darurat (bagi Zuhur dan Asar ialah waktu kekuningan, Maghrib
dan Isya’ pula ialah sepanjang malam dan Subuh waktu terbit
matahari).
Diharamkan
melihat aurat ketika terdedah, sekalipun tidak menimbulkan
keseronokan. Tetapi melihatnya ketika tertutup hukumnya harus kecuali
jika diintai dari sebelah atas penutupnya, maka hukumnya adalah tidak
harus.
Aurat
dinisbah dari segi pandangan bagi orang lelaki ialah apa yang
terdapat antara pusat dengan lutut. Aurat orang perempuan ketika
berada di hadapan orang lelaki asing ialah seluruh badannya kecuali
muka dan kedua-dua belah tapak tangannya dan ketika berada di hadapan
muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka, kepala, tengkuk, kedua-dua
belah tangan dan kedua-dua belah kaki. Tetapi jika dibimbangi
menimbulkan keseronokan, maka haram mendedahkan perkara-perkara tadi.
Pengharaman itu bukan kerana perkara tersebut menjadi aurat, tetapi
kerana dibimbangi menimbulkan keseronokan. Orang perempuan dengan
orang perempuan atau dengan muhrimnya sama seperti lelaki dengan
lelaki, boleh dilihat selain yang terdapat antara pusat dengan lutut.
Bahagian
yang boleh dilihat oleh orang perempuan pada orang lelaki asing
adalah sama dengan hukum orang lelaki dengan muhrim-muhrimnya, iaitu
boleh dilihat pada muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua
belah kaki.
MAZHAB
SYAFI`I
Aurat
orang lelaki ketika bersembahyang, tawaf dan ketika berada di hadapan
orang lelaki asing dan orang perempuan yang muhrim ialah antara pusat
dengan lututnya. Ini berdasarkan riwayat al Harith bin Abi Usamah
daripada Abu Usamah daripada Abu Said al-Khudri r. a.:
Aurat
orang MU’min ialah antara pusat dengan lututnya.
Dan
riwayat al-Baihaqi:
Dan
apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya
dengan hamba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba
perempuan itu melihat auratnya.
Dan
banyak Hadith yang diriwayatkan tentang penutupan paha sebagai aurat.
Antaranya ialah Hadith:
Janganlah
kamu mendedahkan pahamu dan janganlah kamu melihat paha orang hidup
dan orang mati.’
Dan
sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jarhad al-Aslami:
Tutuplah
pahamu, sesungguhnya paha itu aurat
Menurut
pendapat yang sahih di kalangan ulama` Syafi’i, pusat dan lutut
tidak dikira sebagai aurat. Ini berdasarkan Hadith riwayat Anas yang
menceritakan Nabi Muhammad s.a.w. mendedahkan pahanya, sebagaimana
yang diterangkan dalam Mazhab Maliki sebelum ini. Tetapi diwajibkan
menutup sebahagian lutut supaya tertutup juga paha dan begitu juga
sebahagian pusat supaya tertutup, juga bahagian di bawah pusat,
kerana apabila tidak sempurna kewajipan kecuali dengan sesuatu, maka
sesuatu itu juga menjadi wajib sebagaimana yang telah dijelaskan oleh
ulama’ Syafi’i, Hanbali dan Maliki dalam Usul al-Fig h.236
Aurat
lelaki ketika berada di hadapan perempuan asing (bukan muhrim)
daripada segi penglihatan ialah seluruh tubuhnya, dan ketika
keseorangan hanya dua kemaluan sahaja. Hujah ulama’ Maliki yang
bersandarkan kepada Hadith riwayat Anas dan ‘Aisyah yang
membuktikan bahawa paha bukan sebahagian daripada aurat ditolak
dengan empat alasan:
Hadith
tersebut menceritakan perbuatan, sedangkan hujung paha dibenar
didedahkan khususnya ketika peperangan dan permusuhan dan Usul
al-Filth menetapkan bahawa perkataan lebih kuat hujahannya daripada
perbuatan.
Hadith
yang diriwayatkan oleh Anas dan `Aisyah tidak dapat menguatkan
penentangan terhadap perkataan-perkataan ulama’ yang sahih lagi
umum.
Hadith
yang diriwayatkan oleh `Aisyah dalam Sahih Muslim adalah diragui.
Hadith itu bermaksud:
“Bahawa
Rasulullah s.a.w. berbaring di rumahku sedangkan kedua-dua paha atau
betisnya terdedah.”
Betis
tidak dikira sebagai aurat menurut ijma` ulama’, maka bahagian yang
terdedah itu diragui apakah betis ataupun paha yang terdedah.
Pendedahan
paha yang menjadi isu dalam peristiwa ini adalah khusus bagi Nabi
Muhammad s.a.w. kerana tidak ada bukti yang menunjukkan Bahawa
perbuatan itu menjadi ikutan. Oleh itu, wajib berpegang dengan
perkataan-perkataan yang jelas menunjukkan Bahawa paha adalah
sebahagian daripada aurat.
Aurat
hamba perempuan sama seperti aurat orang lelaki menurut pendapat yang
asah, kerana kepala dan tangan hamba perempuan dan orang lelaki
dikira bukan aurat dan kerana kepala dan tangan adalah anggota yang
terpaksa dibuka untuk digunakan.
Aurat
orang perempuan (selain hamba) dan juga khunsa (orang yang tidak
tentu jantinanya atau yang mempunyai kedua-dua organ jantina) ialah
pada seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan, sama
ada belakang tapak tangan atau perut tapak tangan yang meliputi dari
hujung jari hingga ke pergelangan tangan. Ini berdasarkan firman
Allah S.W.T.:
Dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya… . Surah at-Nur 24:31
Ibn
Abbas dan `Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang
zahir itu ialah muka dan kedua-dua tapak tangan kerana Nabi Muhammad
s.a.w. melarang orang perempuan yang berihram (sama ada untuk
mengerjakan haji atau umrah) daripada memakai sarung tangan dan
penutup muka.
Jika
muka dikira sebagai aurat, nescaya tidak diharamkan menutupnya semasa
berihram. Kerana terpaksa dibuka muka untuk keperluan berjual beli
dan membuka tapak tangan untuk keperluan mengambil dan memberi
sesuatu, maka ia tidak dikira sebagai aurat.
Jika
terdedah sebahagian daripada aurat ketika bersembahyang sedangkan
berupaya menutup kedua-duanya, maka terbatal sembahyang itu, kecuali
jika terdedah disebabkan oleh tiupan angin atau kerana terlupa dan
ditutup dengan segera, maka tidak terbatal sembahyang itu sebagaimana
yang telah dijelaskan sebelum ini. Jika terdedah aurat bukan kerana
tiupan angin atau dengan sebab binatang atau kanak-kanak yang belum
mumaiyiz, maka terbatal sembahyang itu.
Orang
lelaki tidak wajib menutup auratnya daripada pandangannya sendiri,
tetapi makruh melihat auratnya.
Aurat
orang perempuan, (selain hamba) semasa di luar sembahyang dan di
hadapan orang lelaki asing (bukan muhrim) ialah seluruh badannya dan
semasa di hadapan orang perempuan kafir juga seluruh badannya kecuali
anggota yang terpaksa dibuka untuk keperluan pekerjaan dan menunaikan
hajat. Adapun semasa di hadapan orang perempuan Islam dan orang
lelaki muhrim, auratnya ialah antara pusat dengan lututnya.
Dalil
seluruh utama’ tentang kewajipan menutup aurat dan tegahan terhadap
orang lelaki daripada melihat aurat lelaki lain, dan tegahan terhadap
orang perempuan daripada melihat aurat orang perempuan lain ialah
Hadith
riwayat Abu Sa’id al-Khudri:
Orang
lelaki tidak boleh memandang aurat orang lelaki lain dan orang
perempuan tidak boleh memandang aurat orang perempuan lain, dan orang
lelaki tidak boleh tidur bersama-sama orang lelaki lain dalam satu
pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama sama orang
perempuan lain dalam satu pakaian.
Hadith
riwayat Bahzu bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya yang
bermaksud: “Aku berkata,
`Wahai
Rasulullah s. a.w., aurat apakah boleh kita dedahkannya dan apakah
ditegah?’
Sabdanya,
`Pelihara
olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu.’
Kataku,
`Sekiranya
orang ramai?’
Sabdanya,
‘Jika
terdaya mengelak daripada dilihat oleh sesiapa pun, maka jangan
dibiarkan dilihat.’
Kataku,
`Jika
salah seorang daripada kami berkeseorangan?’
Sabdanya,
`Maka
Allah Taala lebih utama untuk malu kepada-Nya.”’240
Hadith
itu menunjukkan tidak harus bertelanjang di tempat kosong dan ia
disokong oleh Hadith riwayat Ibn Umar menurut alTirmizi bahawa
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Janganlah
kamu bertelanjang, sesungguhnya bersama-sama kamu ada (malaikat) yang
tidak berpisah dari kamu kecuali ketika kamu membuang air dan ketika
seseorang lelaki itu berseronok-seronok dengan ahlinya, maka malulah
kepada mereka (malaikat) dan hormatilah mereka
Al-Bukhari
mengatakan harus bertelanjang ketika mandi berdasarkan kisah Nabi
Musa dan Nabi Ayub.
MAZHAB
HANBALI
Aurat
orang lelaki ialah apa yang ada antara pusat dengan lututnya. Ini
berdasarkan Hadith yang telah disebutkan sebelum ini dan yang dipakai
oleh ulama’ Hanafi dan Syafi’i sebagai dalil mereka. Tetapi pusat
dan lutut bukan aurat. Ini berdasarkan Hadith riwayat Umru bin
Shu’aib yang telah disebutkan sebelum ini:
… Bahawa
apa yang di bawah pusat sehingga lutut adalah aurat.
Dan
Hadith Abu Ayyub al-Ansari:
Di
bawah pusat dan di atas kedua-dua lutut ialah aurat.242
Alasannya
bahawa lutut ialah batas bukan aurat seperti pusat. Orang khunsa
musykil (seseorang yang mempunyai dua organ jantina) yang tidak jelas
sama ada lelaki ataupun perempuan tidak d1wajibkan menutup aurat oleh
kerana tidak jelas sifatnya.
Di
samping itu, agar sembahyang menjadi sah, menurut yang zahir daripada
mazhab ini diwajibkan ke atas orang lelaki menutup salah satu bahunya
sekalipun dengan kain yang nipis yang boleh menjelaskan warna kulit
kerana kewajipan menutup bahu adalah berdasarkan Hadith:
Janganlah
seseorang lelaki itu melakukan sembahyang di dalam satu kain yang
tidak ada sesuatu apa pun di atas bahunya.24s
Larangan
tersebut menunjukkan pengharaman dan lebih diutamakan daripada qiyas.
Abu Daud meriwayatkan daripada Buraidah:
Rasululah
s.a.w. melarang seseorang daripada melakukan sembahyang di dalam
selimut dan menutup bahu (seperti selimpang) dengannya_
Sebaliknya,
seseorang yang mempunyai sesuatu yang hanya dapat menutup sama ada
aurat sahaja atau baju sahaja, maka hendaklah dia menutup auratnya
dan wajib sembahyang secara berdiri. Ini berdasarkan sabda Rasulullah
s.a.w.:
Jika
kain itu luas, maka selisihkan dan ikatkan kedua-dua tepinya dan jika
ia sempit, maka ikatkan kuat-kuat pada pinggangnya.
Orang
lelaki hendaklah menutup auratnya daripada penglihatan orang lain,
bahkan daripada penglihatannya sendiri ketika sedang mengerjakan
sembahyang. Jika ternampak auratnya melalui saku bajunya yang terbuka
luas apabila rukuk` atau sujud, maka hendaklah dikancingkannya atau
seumpamanya supaya ia tertutup. Ini kerana perintah menutup aurat itu
adalah umum.
Begitu
juga diwajibkan menutup aurat sekalipun ketika keseorangan atau di
dalam gelap. Ini berdasarkan Hadith riwayat Bahzu bin Hakim yang
telah disebut sebelum ini yang bermaksud:
“Pelihara
olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu …
.”
Tidak
diwajibkan menutup aurat dengan tikar, tanah, Lumpur berada di dalam
parit, kerana benda-benda itu tidak tetap dan di dalam parit pula
menyusahkan. Tidak terbatal sembahyang jika terdedah sebahagian kecil
aurat. Ini berdasarkan riwayat Abu Daud daripada Umru bin Salmah yang
terdedah kain tutupnya ketika sujud kerana singkat. Jika terdedah
sebahagian besar daripada aurat, maka terbatal sembahyang. Perbezaan
sama ada aurat yang terdedah kecil atau besar adalah menurut
kebiasaan.
Sebaliknya,
jika terdedah sebahagian besar daripada aurat dengan tidak sengaja
dan ditutup pada ketika itu juga tanpa berlalu masa panjang, maka
tidak terbatal sembahyang. Ini di sebabkan pendek masa sama pendek
dengan ukuran. Tetapi jika berlalu masa yang panjang atau sengaja
dibuka, maka terbatal sembahyang itu secara mutlak.
Aurat
hamba perempuan sama seperti aurat orang lelaki, iaitu apa yang ada
antara pusat dengan lutut menurut pendapat yang rajih. Ini
berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shuaib (Hadith marfuk yang telah
disebutkan sebelum ini yang bermaksud: “Dan apabila salah seorang
daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya
atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat
auratnya.”
Aurat
orang perempuan yang sudah baligh (selain hamba) ialah seluruh
tubuhnya kecuali muka. Menurut pendapat yang rajih daripada dua
riwayat di kalangan ramai ulama’, kedua-dua tapak tangan juga
terkecuali. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
Dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya… .
Surah
al-Nur 24:31
Ibn
Abbas dan Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang
zahir ialah muka dan kedua-dua tapak tangan dan tidak boleh mendedah
selain muka dan kedua-dua tapak tangannya semasa sembahyang.
Ini
berdasarkan Hadith-hadith yang telah disebutkan sebelum ini menurut
pendapat ulama’ Syafi’i.
Dalil
yang mewajibkan tutup kedua-dua kaki ialah Hadith riwayat Ummu
Salamah yang bermaksud: “Aku bertanya,
“Wahai
Rasulullah, adakah orang perempuan bersembahyang dengan memakai baju
dan tudung kepala tanpa sarung?’” Baginda menjawab:
Ya,
jika bajunya labuh, maka tutupilah belakang kakinya-146
Hadith
tersebut menunjukkan wajib menutup kedua-dua belah kaki kerana ia
kawasan yang tidak boleh dibuka semasa berihram haji dan umrah, maka
tidak boleh juga didedahkan ketika bersembahyang seperti kedua-dua
betis.
Memadai
bagi orang perempuan menggunakan pakaian yang cukup untuk menutup
bahagian yang wajib sahaja. Ini berdasarkan Hadith riwayat Ummu
Salamah yang tersebut tadi. Tetapi digalakkan melakukan sembahyang di
dalam baju yang labuh yang dapat menutup kedua-dua kakinya dan tudung
kepala yang boleh menutup kepala dan tengkuk dan selendang yang
diselimuti dari atas baju.
Hukum
terdedah aurat orang perempuan, selain muka dan kedua-dua tapak
tangan, sama ada kecil atau besar adalah sama hukumnya dengan kes
orang lelaki seperti yang telah dibincang kan sebelum ini. Aurat
orang perempuan di hadapan orang lelaki muhrimnya ialah seluruh tubuh
kecuali muka, tengkuk, kedua-dua belah tangan, kaki dan betis.
Sebagaimana
pendapat ulama’ Syafiei juga, ulama’ Hanbali mengatakan bahawa
seluruh tubuh orang perempuan sehingga muka dan kedua-dua tapak
tangan, di luar sembahyang, ialah aurat. Ini berdasarkan sabda
Rasulullah yang telah disebutkan sebelum ini yang bermaksud: “Orang
perempuan adalah aurat.” Diharuskan mendedah aurat untuk berubat,
bersendirian di bilik air, bersunat, untuk mengetahui pencapaian umur
baligh, untuk mengetahui dara dan bukan dara dan kecacatan.
Aurat
orang perempuan Islam (selain hamba) di hadapan orang perempuan kafir
menurut pendapat ulama’ Hanbali adalah sama seperti auratnya di
hadapan orang lelaki muhrim, iaitu apa yang ada di antara pusat
dengan lutut. Menurut pendapat jumhur, seluruh tubuh kecuali yang
terdedah ketika melakukan pekerjaan rumah.
Punca
perselisihan ialah pentafsiran bagi ayat al-Qur’an dalam Surah
al-Nur, iaitu firman Allah S.W.T:
Dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan
kepada suami mereka, … atau perempuan-perempuan Islam… . Surah
al-Nur 24:31
Menurut
pendapat ulama’ Hanbali dan para ulama’ lain, ganti nama bihinna
(mereka) mencakupi orang perempuan secara umum tanpa perbezaan antara
Islam dengan kafir. Justeru itu, harus bagi orang perempuan Islam
memperlihatkan perhiasan tubuhnya kepada orang perempuan kafir, sama
dengan apa yang harus baginya memperlihatkan kepada orang perempuan
Islam.
Menurut
pendapat jumhur ganti nama bihinna di sini ialah khusus bagi orang
perempuan Islam sahaja, iaitu khusus bagi persahabatan dan
persaudaraan Islam. Justeru itu, tidak harus bagi orang perempuan
Islam memperlihatkan apa pun daripada perhiasan tubuhnya kepada orang
perempuan kafir.247
Jelas
kepada kita bahawa pendapat ulama’ Hanbali dan ulama’ Hanafi
adalah lebih utama kerana ia bersepakat dengan Hadith yang menyuruh
kanak-kanak yang berumur tujuh tahun supaya bersembahyang dan dipukul
apabila meningkat umur 10 tahun jika tidak sembahyang.
Bahagian
Aurat Terpisah daripada Tubuh Badan
Menurut
pendapat ulama’ Hanafi dan Syafi’i, diharamkan melihat aurat
lelaki sama ada bahagian yang menjadi aurat itu masih sedaging dengan
tubuh badan atau sudah terpisah daripada tubuh badan seperti rambut,
lengan ataupun peha.
Menurut
pendapat ulama’ Hanbali bahagian aurat yang terpisah daripada tubuh
badan tidak diharamkan melihatnya kerana hilang kehormatannya apabila
terpisah.
Menurut
pendapat ulama’ Maliki harus melihat bahagian aurat yang sudah
terpisah daripada tubuh ketika pemiliknya masih hidup. Tetapi
diharamkan melihatnya sesudah dia mati sama seperti bahagian aurat
yang masih sedaging dengan tubuh badan.
Suara
Orang Perempuan
Menurut
pendapat jumhur, suara orang perempuan tidak dikira sebagai aurat,
kerana para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad
s.a.w. untuk mempelajari hukum-hukum agama. Tetapi diharamkan
mendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan
al-Qur’an, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.
(KITAB
FIQH 4 MADZAB)
(http://wangolds.com/Thread-AURAT-DALAM-ISLAM-MENURUT-4-MAZHAB)